Mengapa Anda Patut Memilih RarebyFara Homestay?




Assalamualaikum w.b.t

BERITA baik untuk mereka yang sedang mencari rumah penginapan yang luas dan selesa dengan harga yang sangat berpatutan di sekitar Klang.

Kami menawarkan homestay yang luas, dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik air; sesuai bagi mereka yang mempunyai keluarga besar yang hadir untuk bercuti, bekerja, perayaan, majlis-majlis pertunangan / perkahwinan dan sebagainya.


LOKASI DAN KEMUDAHAN

Homestay yang terletak di Bandar Puteri, Klang ini merupakan sebuah rumah teres unit hujung yang terletak hanya 3.2km (4 min perjalanan) dari GM Klang- Pusat Pemborong Terbesar di Asia (menurut World Book Of Records).

Di sekeliling homestay ini terdapat pelbagai kemudahan seperti taman permainan, kedai serbaneka (7-Eleven, 99 Speedmart, Mydin Mart), makanan segera (McDonald's, Subway), kedai baiki kereta, bank, klinik, stesyen minyak dan lain-lain.



Selain itu, kedudukan homestay ini juga terletak berdekatan dengan:

- Aeon Bukit Tinggi Mall (5.1km; 10 min perjalanan)
- Tesco Bandar Bukit Tinggi (6.3km; 12 min perjalanan)
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (6.5km; 14 min perjalanan)
- Bukit Kemuning Golf & Country Club (7.9km, 11 min perjalanan)
- Masjid Negeri Shah Alam (18.1km; 18 min perjalanan)
- Wetworld Shah Alam (18.4km, 17 min perjalanan)
- Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan (19.4km; 21 min perjalanan)
- I-City Shah Alam (21.2km; 20 min perjalanan)


KELENGKAPAN HOMESTAY
Homestay ini dilengkapi dengan sofa, meja makan, TV, DVD player+pelbagai koleksi dvd, penghawa dingin, katil, seterika, papan seterika, sejadah, telekung, mesin basuh, peti ais dan peralatan memasak.












PARKIR
Laman luar homestay mampu memuatkan 3 buah kenderaan pada satu-satu masa: Dalam pagar, luar pagar dan tepi pagar.


PELANGGAN
Pelanggan homestay kami kebanyakannya terdiri daripada pelajar, peniaga yang ingin memborong di GM Klang, keluarga yang meraikan majlis perkahwinan, keluarga yang mendaftarkan anak-anak ke universiti, pekerja, pelancong tempatan dan mereka yang menjaga ahli keluarga di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. 

Comments