1- Membeli-Belah
|
Sumber: Youtube/GM Klang Wholesale City Corporate Video - NEW Official Version |
Homestay kami sangat sesuai untuk mereka yang datang untuk membeli-belah kerana Rarebyfara Homestay ini dekat dengan pelbagai pusat membeli belah, samada untuk membeli barangan berjenama ataupun secara borong.
|
Sumber: Youtube/GM Klang Wholesale City Corporate Video
|
|
Sumber: Youtube/GM Klang Wholesale City Corporate Video |
|
Sumber: Youtube/GM Klang Wholesale City Corporate Video
|
Antara pusat membeli-belah yang menjadi tarikan terbesar di sini ialah GM Klang Wholesale, yang menawarkan bermacam jenis barangan untuk dibeli secara runcit dan borong seperti kerongsang, pakaian, beg, mainan kanak-kanak, barangan bayi, barangan wanita dan sebagainya.
Bagi mereka yang ingin membeli barangan berjenama, boleh lah mengunjungi pusat membeli-belah Aeon Bukit Tinggi, yang merupakan stor yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara.
2- Menonton Wayang dan Karaoke
|
Sumber: http://www.cinema.com.my
|
Penghuni homestay juga boleh meluangkan masa berseronok bersama keluarga ke pusat karaoke dan wayang yang terletak di dalam Aeon Bukit Tinggi, Klang.
3- Jalan-Jalan Cari Makan
|
Sumber: http://www.j2kfm.com
|
Sekiranya anda berada di Rarebyfara Homestay, pastikan anda tak terlepas untuk mencuba pelbagai makanan sedap dan menarik di sekitar kawasan ini seperti Muara Ikan Bakar di Pelabuhan Klang, Mee Rebus Kak Ida di Bandar Botanic dan Windmill di Aeon Bukit Tinggi, Klang.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang makanan best di sekitar Rarebyfara Homestay, klik pautan ini :)
4- Berseronok di I-City
|
Sumber: themepark.i-city.my
|
Nikmati keindahan bandar yang dilimpahi lampu-lampu LED yang berwarna-warni di I-City, Klang yang juga digelar sebagai City of Digital Lights. Di sini juga terdapat tarikan lain seperti Snowalk untuk mereka yang ingin menikmati suasana salji dan macam-macam permainan indoor dan outdoor yang menyeronokkan!
|
Sumber: themepark.i-city.my
|
|
Sumber: themepark.i-city.my
|
|
Sumber: themepark.i-city.my
|
|
Sumber: themepark.i-city.my
|
5- Mengunjungi Taman Botani, Bukit Cherakah
Tahukah anda selain dapat menikmati suasana 4 musim di Rumah Iklim Bukit Cherakah, anda juga dapat melihat haiwan, mendaki Bukit Sapu Tangan dan bermain basikal (yang boleh disewa) di kawasan Taman Botani, Shah Alam. Anda juga boleh membuat aktiviti ekstrem bersama rakan dan keluarga di Taman Botani, klik Skytrek untuk maklumat lanjut :)
|
Sumber: Youtube Husaini Hussein |
|
Sumber: Taman Botani Negara Shah Alam |
|
Sumber: Taman Botani Negara Shah Alam |
|
|
Sumber: Taman Botani Negara Shah Alam |
|
Comments
Post a Comment