PROSES CHECK IN / OUT & PERATURAN RAREBYFARA HOMESTAY


Syarat Tempahan

Untuk tempahan, pelanggan perlu membayar deposit RM50 ke akaun:

Maybank 568612001806 
(atas nama Rarebyfara Kuala Lumpur Resources)

Kegagalan berbuat demikian dalam tempoh 24 jam,  pengurusan homestay berhak  membatalkan tempahan.

Sebagai bukti, slip pembayaran perlu diwhatsapp kepada (Fara: 0192205587)

Bayaran penuh hendaklah diselesaikan semasa menerima kunci ketika check in.

*PENTING: 
Pembatalan tempahan hendaklah dibuat 2 minggu sebelum tarikh check-in. 
Deposit tidak akan dikembalikan jika tempahan dibatalkan pada saat-saat akhir.


**************************************************************


Peraturan Homestay


1. Penginap homestay hendaklah mematuhi peraturan ditetapkan.
2. Mereka juga bertanggungjawab menjaga kebersihan homestay, keselamatan peralatan dan keselamatan diri serta keluarga.
3. Penginap perlu membayar ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan peralatan di homestay akibat  kecuaian. Antara yang akan digunapakai sebagai ganti rugi nanti adalah deposit penyewa.
4. Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan / kemalangan / kejadian tidak diingini sepanjang tempoh penginapan.
5. Tempahan pasangan bukan mahram tidak dibenarkan.
6. Anda wajib mematikan suis aircond, lampu, kipas, dan barangan elektrik sebelum meninggalkan homestay.
7. Dilarang membawa keluar peralatan dan kelengkapan homestay.
8. Dilarang merokok di dalam homestay untuk keselamatan.
9. Dilarang membawa binatang peliharaan.
10. Homestay ini adalah HALAL premis: tiada arak, makanan atau barangan yang diharamkan.
11. Dilarang membawa masuk barangan yang salah di sisi undang-undang seperti dadah dan seumpamanya.
12. Dilarang menganjurkan parti liar di premis ini.
13. Penginap hendaklah menghormati privasi, tidak berbuat bising serta mengganggu ketenteraman jiran.
14. Tidak membenarkan orang tidak dikenali masuk ke rumah tanpa pengetahuan pengurusan. Jika tidak, sebarang kehilangan barangan homestay adalah tanggungjawab anda.
15. Jika ada sesiapa ingin menyewa dan  melihat keadaan dalam homestay, minta mereka menghubungi pengurusan.
16. Jangan membuat sebarang bayaran kepada orang lain: kecuali kepada pengurus homestay sahaja.


17  Pihak homestay berhak mengambil tindakan kepada  penyewa yang menyalahi peraturan.

Comments